Halaman

Khamis, 11 April 2013

PELAJAR-PELAJAR CERMERLANG KG TALANTANG 2.

Pagi-pagi lagi terdapat beberapa kolompok pelajar sedang menunggu bas di pinggir jalan. Pelbagai cerita kelihatan sedang dibicarakan melalui pergerakan mulut dan bunyian ketawa yang kedengaran membuatkan burung-burung yang berehat di atas wayar elektrik berdekatan menerbangkan diri ketakutan.
Wah cute2 belaka pelajar-pelajar sekolah menengah kg ku ini, tentu sekali yang pelajar lelakinya banyak peminat pelajar perempuan di sekolah dan saya mengandaikan tidak kurang juga dengan pelajar perempuanya. Hahaha... Melihat dari paras muka mereka memang senang hati memandang tetapi apabila diperhatikan dari pemakaian mereka sebaliknya telah menimbulkan persoalan kepada saya terutamanya kepada pelajar-pelajar lelaki.
Ini la uniknya uniform sekolah walaupun dari dulu tidak pernah berubah namun cara pemakaian sentiasa berubah sesuai dengan gaya pemakaian semasa. Jika diperhatikan daripada pemakaian pelajar-pelajar lelaki kampung saya seluar sempit yang telah dikecilkan di bahagian kaki dan kelihatan gantung sedikit. Manakala baju sekolah juga bersaiz kecil dan 100% dari mereka tidak memasukan baju kedalam seluar.
Dengan uniform sekolah yang dianggap “SMART” mereka berdiri dengan penuh gaya sambil menghisap rokok jenama “Era”.
Persoalan yang timbul dalam fikiran saya melalui pemakaian uniform sekolah mereka adalah, “apakah tujuan utama mereka pergi ke sekolah ? “. Pertanyaan ini mula bermain dalam fikiran saya dan akhirnya saya mengandaikan tujuan utama mereka datang ke sekolah adalah hanya untuk “meminta puji”.  
Seorang pelajar seharusnya sedar dan tahu akan tujuan utama mereka pergi ke sekolah dan bukan hanya sekadar meperagakan pakaian dan mencari kawan mahupun mencari popularity yang salah. Tujuan utama seorang pelajar datang ke sekolah adalah untuk mendapatkan ilmu menuntun kepada masa depan yang lebih baik seterusnya dapat memberikan sumbangan kepada diri sendiri, masyarakat, keluarga dan negara.
Peluang hanya datang sekali. Contohnya kita hanya berpeluang bersekolah di sekolah menengah hanya 5 tahun hingga 6 ½ tahun (sekiranya berpeluang melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6) sekiranya kita tidak memnafaatkan masa tersebut kita tidak ada bezanya dengan mereka yang tidak pernah bersekolah. Jadi pergunakanlah masa sebaik-baiknya. Tanya  pada diri sendiri adakah selama ini kita datang ke sekolah dengan tujuan yang betul atau tidak sekiranya anda sedar tujuan anda adalah salah maka berubahlah untuk untuk masa depan anda sendiri. Kerana hidup adalah projek diri sendiri.

Khamis, 4 April 2013

Keluhan sastera penawar jiwa. By hezron dell....
Segalanya mungkin berubah seiring peredaran masa sehingga pelbagai perasaan becampur-baur, perasaan sedih, kecewa, marah dan menyesal mula bermain di jiwa. Kita mula berfikir mencari punca dimana silapnya, apa yang membuatkan semuanya berubah. Adakah perubahan itu berpunca dari diri sendiri dan ataukah masa sudah melupakan segala kebaikan yang telah di selesaikan.
Perhubungan semakin renggang apabila wujud pembohongan, mula menyembunyikan sesuatu dari pengatahuan seseorang. Adakah itu teknik atau cara untuk menjaga hati, dan mungkinkah itu sengaja dilakukan untuk menimbulkan ketegangan. Raut waja yang telah difahami tidak mampu menipu sehingga sedikit riak perubahan dapat dikenalpasti, sehingga mewujudkan pelbagai andaian.
Mula berfikir dan mengingat kambali segala perkara yang telah dilalui bersama. Perasaan kecewa mula memenuhi hati, setelah merasakan kebaikan mula dilupakan. Dan kini berfikir secara positif  merupakan keperluan utama, berusaha melupakan dan mula mementingkan diri sindiri...
Aku yang disakiti hanya bersabar dan bertekad untuk menghindari kekecewaan ini.