Keluhan sastera penawar jiwa. By hezron dell....
Segalanya mungkin berubah seiring peredaran masa sehingga pelbagai perasaan becampur-baur, perasaan sedih, kecewa, marah dan menyesal mula bermain di jiwa. Kita mula berfikir mencari punca dimana silapnya, apa yang membuatkan semuanya berubah. Adakah perubahan itu berpunca dari diri sendiri dan ataukah masa sudah melupakan segala kebaikan yang telah di selesaikan.
Perhubungan semakin renggang apabila wujud pembohongan, mula menyembunyikan sesuatu dari pengatahuan seseorang. Adakah itu teknik atau cara untuk menjaga hati, dan mungkinkah itu sengaja dilakukan untuk menimbulkan ketegangan. Raut waja yang telah difahami tidak mampu menipu sehingga sedikit riak perubahan dapat dikenalpasti, sehingga mewujudkan pelbagai andaian.
Mula berfikir dan mengingat kambali segala perkara yang telah dilalui bersama. Perasaan kecewa mula memenuhi hati, setelah merasakan kebaikan mula dilupakan. Dan kini berfikir secara positif merupakan keperluan utama, berusaha melupakan dan mula mementingkan diri sindiri...
Aku yang disakiti hanya bersabar dan bertekad untuk menghindari kekecewaan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan